22 December 2009

ANTARA TANGGUNGJAWAB DAN RASA BERSALAH

Semalam hatiku benar-benar sakit hati melihat karenah anakku yang semakin hari semakin menguji kesabaranku....tak tahu la macam mana dalam keadaan terlalu geram aku cubit Sofea sekuat hati...dia nangis teresak-esak, aku biarkan je dia, tanpa pujukan, dalam hati aku terfikir kalau aku pujuk bererti aku setuju dengan perangai dia yangs emakin suka memberontak, lantas aku membiarkan dia, biar dia berhenti menangis, aku ingin dia menjadi anak yang mendengar kata, tidak degil dan tidak buat perangai...entahlah...rasa tanggungjawab untuk mengajar anak dengan rasa bersalah menguasai diri ini...Sofea dipujuk oleh abahnya...tatkala dia tidur, timbul rasa kesal dalam hatiku...tapi haruskah aku membiarkan perangai dia semakin menjadi-jadi sejak akhir-akhir ini...? Aku hanya berharap dan berdoa semoga anak aku menjadi anak yang taat dan patuh dengan kedua ibu bapanya...mungkin pengasuh dia terlalu memanjakan dia...semua orang memanjakan dia..dia terbiasa dengan keadaan itu, bila menangis ada orang yang memujuk, aku tidak mahu kebiasaan itu ada dalam diri dia..aku mahu dia menjadi seorang yang berdikari dan tidak terlalu dimanjakan, bak kata orang-orang tua, melentur buluh biarlah dari rebungnya...salahkah aku mendidik anakku menjadi manusia yang berguna? arrrrgghhh...pening.....



No comments:

Post a Comment