09 May 2010

ayah...engkaulah ratu hatiku...

Sudah terlalu lama aku tidak update blog....tiada keinginan untuk menaip atau bercerita...setiap kali aku cuba untuk mengemaskini blog, sayu di hati bila teringatkan semua peristiwa yang berlaku pada diriku....Tanggal 14.4.2010, hari rabu jam 4.05 petang.....hari yang tidak pernah dan tidak akan aku lupakan...aku kehilangan seorang insan bergelar ayah...yang aku panggil dia sebagai wan..aku terlalu terkilan kerana tidak dapat berada di sisi arwah sewaktu beliau menghembuskan nafas yang terakhir...sungguh...anakmu terlalu terkilan ayahanda..anakanda tidak sempat memohon ampun, namun jauh di lubuk hati anakanda, anakanda berharap ayahanda sudah mengampunkan segala dosa-dosa anakanda yang lalu...pada hari tersebut aku happy untuk turut sama-sama mengikuti perbarisan penutup sukan staf UDM...tak sangka, selesai majlis penutup, baru makan dua tiga suap, aku mendapat panggilan dari kampung...sepupuku menelefonku...memberitahu ayahku semakin tenat, tak dapat kugambarkan perasaan aku waktu itu...dalam kepala aku, dah bayangkan perkara yang bukan-bukan...aku segera pulang ke ofis, call suamiku....sementara menunggu suamiku datang, aku call ibuku, ibuku menyuruh aku pulang segera...! Ya Allah....benarkah apa yang aku sangka...? aku pulang ke rumah terlebih dahulu, mengemas apa yang patut, siap semuanye, aku pergi ke rumah kakak aku, mengambil dia, untuk pulang ke kampung, kakakku memberitahu ayahku sudah tiada...bagaikan tak percaya...aku berharap ayah aku masih ada...dalam kereta aku tak banyak bercakap...aku asyik menangis....sampai sahaja ke rumah, aku bergegas naik...melihat tubuh terbujur kaku...hatiku mula percaya bahawa ayahku sudah tiada...aku lantas mengambil surah yassin dan sedekahkan kepada arwah...air mata tak henti-henti mengalir sewaktu aku membaca surah yassin...Ya Allah...begitu berat hatiku menerima semua ini...walau apapun yang berlaku aku tetap redha....semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh ayahku....semoga dia berada di kalangan hambaMu yang beriman...

No comments:

Post a Comment